Etika Penulisan Blog
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam buku "Eh!!! Media Sosial" karya Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019) menyatakan terdapat 10 cara bagi menghasilkan sebuah blog yang baik. Pertama sekali ialah menggunakan tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pambaca. Hal ini, tajuk merupakan satu pandangan dan juga persepsi awal pembaca berkaitan blog tersebut. Jika penulis mengggunakan tajuk yang menarik mahupun gempak, pasti lebih ramai pembaca akan tertarik untuk membaca artikel dalam blog tersebut.
Seterusnya ialah menulis cerita yang dapat menarik hati pembaca. Setelah memastikan tajuk yang ditulis menarik dan gempak, cerita yang ditulis juga haruslah seimbang dan sepadan dengan tajuk. Dengan ini, pembaca tidaklah berasa kecewa atau marah kerana cerita yang ditulis tidak sepadan dengan tajuk seperti yang diharapkan pembaca.
Etika yang ketiga ialah masukkan ayat yang humor dan berbebntuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Sama seperti kehidupan realiti, pastinya akn terasa hambar jika hanya bersikap serius dan formal sahaja. Oleh itu, dalam medium penulisan, sekiranya anda ingin memastikan blog anda sentiasa diikuti oleh pembaca atau menarik minat lebih banyak pembaca, sedikit humor dan jenaka pastinya dapat membantu.
Keudian ialah memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Sesuatu artikel tanpa hujah menarik boleh diibaratkan seperti sebuah tin kosong. Apa gunanya sebuah penulisan yang panjang tanpa ada hujah bagi menyokong isu yang sedang anda bawakan kepada pembaca. Di sampinng itu, pembaca juga akan lebih yakin untuk menerima hujah anda.
Kaitkan penulisan dengan berita terkini juga akan menampakkan bahawa anda seorang penulis blog yang peka dengan keadaan sekeliling dan isu semasa. Ini juga akan meyakinkan pembaca bahawa anda buakn sekadar seorang 'keyboard warrior' dalam dunia maya tetapi sesungguhnya seorang penulis yang cuba menyampaikan maklumat dengan sebaknya kepada pembaca.
Tambahan lagi untuk menjadi seorang penulis yang baik, anda perlu menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Hal ini bagi memudahkan penonton memahami penulisan anda tanpa da ayat yang panjang berjela-jela namun hanya sedikit isi atau maksud sahaja yang cuba disampaikan dan ini berkait dengan etika seterusnya iaitu penulisan yang dapat dibaca dan difahami.
Selain itu, berkomunikasi dengan pembaca juga satu perkara yang menarik di mana penulis mungkin boleh bertanyakan pendapat pembaca berkaitan penulisannya. Penulis mungkin boleh meninggalkan satu persoalan atau pertanyaan dan meminta pembaca untuk menjawab dalam ruangan komen.
Seterusnya ialah memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda akan menjadikan pembaca lebih yakin bahawa anda bukan sahaja seorang yang berpengetahuan malah juga seorang yang mengamalkan nilai-nilai estetika meskipun hanya dalam dunia maya.
Dan akhir sekali, sekiranya penulisan blog tersebut ialah sebuah penulisan pendidikan atau akademik, penulisan blog seharusnya berilmu dan mebggunakan laras bahasa yangs sesuai dan bukan sekadar isi sahaja tetapi tidak dimampatkan dengan pengetahuan-pengetahuan serta pandangan sarjana lain.
No comments:
Post a Comment