Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Ia boleh digunakan untuk kegunaan peribadi sebagai jurnal atau diari dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Menurut Li & Chignell, 2010, sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog membolehkan pengguna berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Menulis blog adalah satu aktiviti yang berguna yang bukan sahaja untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis tetapi juga sebagai motivasi untuk mereka belajar menulis dengan kreatif.
Terdapat juga beberapa kajian lain yang telah dibuat berkaitan blog. Antaranya ialah blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menawarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperbaiki penulisan pelajar (Williams,2004). Pada hari ini, keutamaan teknologi di sekolah dan universiti tidak menghadkan kepada alat pembelajaran tertentu. Mereka bersedia untuk menggunakan teknologi baharu bagi memepelajari pelbagai saluran komunikasi (Saeed et al., 2009)
Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), beliau telah menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik.
- Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
- Cerita menarikyang dapat menarik hati pembaca.
- Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
- Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
- Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
- Gunakan perkataan dan struktur yang ringkas.
- Dapat dibaca dan difahami.
- Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
- Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
- Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Kesimpulannya, blog sangat membantu pelajar untuk mempelajari kesusasteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Menulis blog menigkatkan motivasi dan keyakinan untuk menulis.
No comments:
Post a Comment