1. Close-up (3 Manusia)
Amboi dia, gembira sangat sampai senyum lebar kenapa tu? Apa pun, kalau nak tips penjagaan gigi putih dan lawa macam akak ni, di kata guna kayu sugi je siang malam. Hmm boleh percaya ke ya?
Inilah definisi marah pun cantik ya kawan-kawan. Tapi jangan marah lama sangat Dina, kening tu haa da macam nak bersambung da tu. Sudah-sudah, jangan marah, nanti kita maka cendol ya?
Dalam hidup kita akan jumpa macam-macam jenis orang setiap hari. Ada yang baik, tidak kurang juga ada yang riak dan sombong. Oleh itu, kalau jumpa dengan orang negatif macam itu, kita hanya perlu pasang muka macam ini sahaja ya kawan-kawan.
2. Close-Up (Bukan Manusia)
Tengah-tengah panas buta dengan terik matahari, ini merupakan antara nikmat yang paling besar sekali kalau dapat, apatah lagi kalau dapat yang member belanja. Makin bertambah sedap dia kan? Tapi amaran keras, sila jangan tatap gambar semasa sedang berpuasa tau.
Kadang-kala cemburu dengan kehidupan kucing, Bila malas, jawabnya tidur saja lah. sudahlah dengan kecomelan dia ni.
Nama kau Bunga, tiga tahun berkenalan tapi kita tak pernah bersua. Begitulah lagu dendangan Kugiran Masdo. Sekali dengar pasti nak dengar lagi lagu ni.
No comments:
Post a Comment